Alasan yang sering diberikan ramai individu untuk mengelak daripada bersenam ialah tidak mempunyai masa dan sibuk, antara alasan yang sudah banyak kali dipakai. Fikirkan berapa banyak masa yang terbuang setiap hari tanpa berbuat apa-apa atau melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jika matlamat anda ialah untuk mengurangkan berat badan dengan cepat tanpa suplemen maka anda perlu jadikan senaman sebagai aktiviti utama dalam kehidupan seharian. Tidak kisah lah jika anda masih baru, di mana ada kemahuan tentu ada jalan, maka jangan katakan tidak pada senaman.
Cara mudah yang paling mudah dan senang ialah melalui senaman kardio dan latihan kekuatan. Kardio mampu membakar lemak dengan lebih banyak, maka ramai yang suka melakukan aktiviti seperti berjoging, atau berlari. Melakukan aktiviti kardio selama satu jam adalah digalakkan, termasuk memanas dan merehatkan badan.
Latihan kekuatan mesti dilakukan bersama dengan rutin senaman yang lain. Membina otot juga dapat mengurangkan berat badan , ia dapat membakar sekurang-kurangnya 6 kalori setiap kali kita membuat senaman otot. Latihan kompaun juga digalakkan kepada mereka yang baru dan ingin mencuba untuk bersenam dan mengurangkan berat badan. Senaman ini menggunakan lebih dari satu kumpulan otot untuk dilakukan dan dikatakan dapat meningkat kekuatan dan koordinasi antara bahagian-bahagian badan.
Ini merupakan satu plan latihan yang mudah seperti diterangkan di atas. Kaum perempuan juga boleh mencuba senaman ini. Pastikan pada hari pertama, anda tentukan berapa berat yang anda mampu angkat untuk setiap senaman dan cuba tambah berat setiap kali anda bersenam supaya otot anda dapat menyesuaikan dengan berat yang baru. Cuba lakukan ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, berselang –seli setiap sesi. (Isnin- Set A, Rabu – Set B, Jumaat Set A, Isnin Set-B dan seterusnya)
Set A (Sets X Ulangan)
3 X 5 Squats
3 X 5 Tekan Tubi
3 X 5 Deadlifts
Set B (Sets X Repetitions)
3 X 5 Squats
3 X 5 Bench Press
3 X 5 Power Cleans
Pengetahuan dan Komitmen
Bila kita membincangkan tentang isu mengurangkan berat badan dengan cepat, anda tidak boleh tersilap dalam memperlengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai kaedah sihat dan selamat yang lain untuk mengurangkan berat badan dan meletakkan sepenuh komitmen kepada rutin yang telah anda tetapkan sendiri. Cepat tidak semestinya menjanjikan hasil yang baik dan menjadi pilihan terbaik. Tidak salah mengurangkan berat badan sedikit demi sedikit asalkan matlamat anda tercapai tanpa membahayakan kesihatan diri.
Info diambil dari: http://kuruscepat.com/
Info diambil dari: http://kuruscepat.com/
Plan Latihan SENAMAN Untuk Mereka Yang Sentiasa Sibuk
Reviewed by drawing technique
on
3:42 AM
Rating: