Tips cepat hilangkan lemak dagu

picture: beautyhows.com





Double Chin ini kerap dikaitkan dengan mereka berbadan besar. Double chin terjadi akibat pengambilan kalori yang tinggi dalam menu seharian. Terdapat tips mudah bagi mengurangkan double chin.



1. KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI

  • Bagi menurunkan subcutaneous fat, kita perlu memastikan agar subcutaneous fat ni digunakan sebagai sumber tenaga alternatif. untuk menjadikannya sebagai sumber tenaga alternatif, perlu pastikan yang bekalan tenaga (DCR – Daily Calorie Requirement) kurang dari yang sepatutnya

2. LAKUKAN SENAMAN DAN KARDIO


  • Apabila badan anda kekurangan sumber tenaga yang sepatutnya (muscle glycogen, liver glycogen, BBA), badan akan menggunakan lemak badan sebagai sumber tenaga alternatif.
  • Sumber tenaga (lemak) ni, tidak terhad diambil daripada bahagian tertentu badan sahaja, namun boleh jadi daripada tangan, kaki, dada dan bawah dagu.
  • Lemak perut (bagi lelaki) dan punggung (bagi wanita) adalah di antara 2 bahagian paling akhir (paling sukar dan liat) yang akan digunakan oleh badan untuk dijadikan sumber tenaga alternatif


3. KUNYAH GULA-GULA GETAH

  • Gula-gula getah (pilih sugarfree) adalah cara yang paling mudah nak bakar kalori pada wajah. Ini kerana, otot muka perlu dilatih untuk menjadi kuat untuk membakar kalori secar teratur.
  • Kalau boleh, sebiji gula-gula getah tu, dikunyah berjam-jam sehingga muka menjadi kebas, barulah berhenti.





4. SENAMAN MUKA

  • Berdiri depan cermin dan sebut A-E-I-O-U, dengan gerakan perlahan, cuba cekangkan otot muka, (platysma) ketika menyebutnya. Kemudian selang-selikan masam dan senyum selama beberapa saat.
  • Ulang ketiga-tiga langkah di atas sebanyak 3-5 kali, setiap pagi, selepas gosok gigi.


5. URUTAN MUKA

  • Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas.
  • Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.
  • Sambil cuci muka pun boleh lakukan urutan muka.


Senaman yang boleh diikuti . Boleh dilakukan di tempat yang tersembunyi. didepan cermin. di depan televisyen .

Sumber: myliferia.com
Tips cepat hilangkan lemak dagu Tips cepat hilangkan lemak dagu Reviewed by drawing technique on 1:55 AM Rating: 5
Powered by Blogger.