Kenapa berat badan gemuk susah turun? ni mungkin 11 punca utama KENAPA



BERKAWAN DENGAN MEREKA YANG SAMA BERAT BADAN 
Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti Itu tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam dan amalkan pola pemakanan sihat 

PENGAMBILAN AIR SODA 
Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa 

KURANG TIDUR 
Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan 

TIDAK BERSARAPAN 
Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari 

MAKAN TERLALU CEPAT 
Kunyang makanan perlahan-lahan. Ini tidak, kalau makan berkenaan terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala itu tak sempat kunyah sudah telan terus Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang 

KURANG MINUM AIR PUTIH 
Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum 


MAKAN KETIKA TERTEKAN/ STRESS 
Ketika stress, ada diantara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. Jadi ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik 

KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT 
Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal 

MAKAN DENGAN POTONGAN YANG BESAR 
Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan 

MALAS BERSENAM 
Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan , tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman Kesimpulannya badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam 

MAKAN LEWAT MALAM 
Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam itu menggila, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Kenapa berat badan gemuk susah turun? ni mungkin 11 punca utama KENAPA Kenapa berat badan gemuk susah turun? ni mungkin 11 punca utama KENAPA Reviewed by drawing technique on 4:49 AM Rating: 5
Powered by Blogger.