5 Menu Diet Sarapan Pagi Yang Tak Akan Buat Anda Jadi Gemuk!


Menu Diet Sarapan Pagi. Sarapan yang baik sebenarnya tidak akan membuatkan anda gemuk jika betul caranya.
Bahkan sarapan pagi yang sihat juga boleh membantu anda menurunkan berat badan, risiko diabetis, penyakit jantung dan strok.
Sarapan pagi bermanfaat untuk mengoptimalkan tubuh yang akan digunakan untuk beraktiviti, sehingga tubuh tetap segar dan tidak mudah letih. Namun, pastikan makanan yang anda makan ketika bersarapan mencukupi dengan keperluan energi, vitamin serta mampu membuat perut berasa kenyang. Ia turut membantu anda yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan.
Untuk itu anda harus tahu makanan dan minuman yang paling baik diambil ketika bersarapan.
 Check it out!
1.    Telur
Telur kaya dengan protein dan tinggi kalori. Selain itu, telur juga mengandungi nutrien penting seperti ‘choline’ (penting untuk daya ingat), ‘karoten’ dan ‘zeaxanthin’(baik untuk kesihatan mata).
2.    Oatmeal
Oatmeal adalah makanan tinggi karbohidrat kompleks, sehingga mampu menyimpan energi selama berjam-jam. Pengambilan oatmeal akan membuatkan anda menjadi kenyang lebih lama kerana jenis makanan ini dihadamkan secara perlahan-lahan oleh tubuh. Di samping itu ia juga menjaga kandungan gula darah pada tahap yang optimum.
3.    Berry
Buah berry terdiri daripada kaum keluarga seperti strawberi, blueberry, ceri serta anggur mengandungi tinggi antioksidan, vitamin C dan serat. Buah berry dikenali sebagai salah satu buah yang membantu membersihkan racun dalam tubuh. Buah ini juga dikatakan memiliki zat yang berfungsi sebagai anti kanser, dan membantu melawan pelbagai penyakit kerana faktor pertambahan usia.
4.    Minum Teh
Teh mengandungi zat jenis antioksidan iaitu ‘flavonoid’. Ia bagus untuk kecantikan kulit serta berguna untuk memperkuatkan daya ketahanan tubuh dan anti peradangan. Teh hitam atau merah mengandungi L-theanine, iaitu zat yang berguna untuk mengaktifkan otak, sehingga akan membuatkan kita lebih fokus dalam melakukan sesuatu.
Jadi, jangan lupa untuk memilih teh sebagai minuman sampingan untuk dimakan bersama roti atau bubur gandum.Tapi usah minum teh sahaja sebagai pengganti sarapan, sebab ia tidak mencukupi kerana kalorinya sangat sedikit, sehingga tidak memberikan energi yang mencukupi untuk anda beraktiviti.
5. Pisang
Pisang kaya dengan serat, vitamin C dan ‘pottassium’. Kombinasi ketiga-tiga nutrient yang terdapat pada pisang akan membantu mengawal tekanan darah, sehingga emosi kita menjadi lebih stabil dalam menghadapi hari. Selain itu, pisang juga akan menyumbangkan energi dan rasa kenyang yang lebih lama.


Read more: http://www.wom.my/kecantikan/menu-diet-sarapan-pagi/#ixzz4THrhw1pY 
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook
5 Menu Diet Sarapan Pagi Yang Tak Akan Buat Anda Jadi Gemuk! 5 Menu Diet Sarapan Pagi Yang Tak Akan Buat Anda Jadi Gemuk! Reviewed by drawing technique on 4:46 AM Rating: 5
Powered by Blogger.