5 Waktu Paling Sesuai Untuk Makan Mereka yang Berdiet



Waktu makan adalah waktu yang sering di nanti untuk menambah semula tenaga, apatah lagi apabila perut sudah mula berkeroncong. Waktu makan perlu dipatuhi supaya makanan yang diambil dapat dicerna dengan baik sebelum mengambil makanan yang baru. Seeloknya makan sebelum berasa lapar dan berhenti sebelum berasa kenyang. Berikut dinyatakan  waktu yang sesuai untuk mengambil makanan supaya dapat mengekalkan kesihatan diri:

1. Sarapan pagi 

Sarapan pagi sekitar 8 pagi atau dalam masa 30 minit sehingga 1 jam selepas bangun dari tidur. Selepas tidur selama 6 hingga 8 jam, sarapan pagi amat penting untuk menambah kembali paras gula di dalam darah. Selain untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sarapan pagi juga membuat otak kita lebih cergas dan cerdas. Seeloknya pilih makanan tinggi kandungan karbohidrat kompleks seperti kekacang, oat, bijirin gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran. Contoh sarapan pagi: Muffin pisang dengan oat, muesli bar

2. Makan tengahari 

Makan tengahari sekitar 12 tengahhari atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas  mengambil sarapan pagi. Makan tengahhari amat penting kerana kita memerlukan banyak tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Seeloknya ambil makanan yang seimbang dengan protein, lemak baik (lemak yang tidak di proses serta bebas daripada bahan kimia sintetik) dan serat.

3. Minum petang  

Minum petang sekitar pukul 3 petang. Makanan yang baik untuk minum petang seperti  yogurt buah-buahan, dan sup sayur-sayuran.

4. Makan malam 

Makan malam sekitar 6 petang atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas mengambil makanan ringan ketika minum petang. Makan malam yang seimbang mengandungi protein dan lemak yang baik. Contohnya seperti daging atau ayam tanpa kulit, buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Snek lewat malam 

Snek lewat malam boleh dinikmati sekitar 9 malam atau 1 jam sebelum tidur. Pilih makanan yang rendah kalori tetapi tinggi kandungan nutrien. Contohnya seperti buah-buahan segar, sayur sayuran dan yogurt rendah lemak. Elakkan daripada minum kopi atau minuman tenaga. Seeloknya minum segelas susu, air putih atau jus organik untuk tidur lebih lena. 

Panduan ini sesuai untuk individu yang mempunyai berat badan yang normal. Faktor umur, tinggi, berat, pekerjaan dan gaya hidup akan menentukan tabiat makan yang berbeza, begitu juga untuk individu yang menghidap penyakit.:)

Info: http://www.panduanmalaysia.com
5 Waktu Paling Sesuai Untuk Makan Mereka yang Berdiet 5 Waktu Paling Sesuai Untuk Makan Mereka yang Berdiet Reviewed by drawing technique on 3:43 AM Rating: 5
Powered by Blogger.