Diet Rendah Karbohidrat



Diet Rendah Karbohidrat-Tinggi Lemak atau LCHF (Low Carbohydrate-High Fat) bermakna diet anda mengandungi nisbah karbohidrat yang kecil berbanding nisbah lemak yang lebih besar. Paling penting anda mesti meminimumkan pengambilan gula dan makanan berkanji. Anda boleh makan makanan lain sepuas-puasnya tapi masih boleh kurangkan berat badan.  

Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan diet rendah karbohidrat dapat mengurangkan berat badan, terutamanya dikalangan pesakit diabetis jenis 2 yang mengalami kekebalan insulin dan kandungan gula darah yang tidak terkawal.

Contoh, satu kajian di Duke University Medical Center membandingkan dua jenis diet iaitu diet rendah karbohidrat (kurang 20g karbohidrat sehari) dan diet rendah kalori (500 kalori sehari) dikalangan subjek yang obes yang menghidap diabetis jenis 2. Selepas 24 minggu, kumpulan yang mengambil diet rendah karbohidrat secara purata susut berat badan sebanyak 24.5 paun berbanding 15.2 paun bagi kumpulan diet rendah kalori.




Apa yang menariknya, kumpulan diet rendah kalori diarah mengehadkan jumlah kalori yang diambil manakala kumpulan diet rendah karbohidrat hanya disuruh mengehadkan jumlah karbohidrat tetapi dibenarkan mengambil makanan berlemak, daging serta ikan tanpa sekatan.

Satu lagi kajian disiarkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada Januari 2008 menyokong hipotesis ini. Para pengkaji berpendapat subjek yang obes akan terasa cepat kenyang dan secara tidak sengaja mengurangkan pengambilan kalori apabila dihidangkan makanan rendah karbohidrat dan tinggi lemak serta protin (4% karbohidrat dan 66% lemak dalam diet rendah karbohidrat vs. 35% karbohidrat dan 35% lemak dalam diet karbohidrat sederhana).

Penemuan ini boleh diguna sebagai rujukan untuk membantu pesakit diabetis jenis 2 sebagai jalan untuk mengurangkan pengambilan kalori seterusnya dapat mengurangkan berat badan tanpa berlapar.

Diet Rendah Karbohidrat Diet Rendah Karbohidrat Reviewed by drawing technique on 7:31 PM Rating: 5
Powered by Blogger.