TIPS DIET YANG BERKESAN DARI DR. SAY



Ramai orang tahu bahawa doktor adalah seorang profesional yang menjalankan amalan perubatan, yang mengambil berat dengan menggalakkan, mengekalkan, atau memulihkan kesihatan melalui kajian, diagnosis, dan rawatan penyakit, kecederaan, dan lain-lain kecacatan fizikal dan mental.



Walaupun kesibukan sering melanda kehidupan mereka, namun mereka juga manusia biasa yang mempunyai hobi dan kehidupan peribadi.

Disini terdapat satu kisah yang menarik tentang seorang doktor yang berwajah tampan serta berbadan sado.



Amatlah jarang kita dapat melihat seorang perawat seperti doktor memiliki badan yang cantik dan sado kerana mereka sering dikaitkan dengan kesuntukan masa untuk melakukan aktiviti-ativiti sihat seperti melakukan latihan beban dan kardio.


Beliau adalah Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say yang juga adalah model iklan, cover majalah dan juara mr badan cantik.



Beliau boleh dikatakan seorang lelaki yang berjaya dari segi kerjaya dan minat beliau. Beliau juga kelihatan seperti suami idaman para wanita kerana walaupun memiliki wajah yang tampan dan berbadan sado tetapi beliau sentiasa setia disisi isterinya, ia boleh kelihatan dengan jelas apabila setiap statusnya terdapat nama atau gambar isterinya.



Beliau banyak berkongsi ilmunya yang berkaitan dengan pemakanan diet yang sihat dan cara bina badan yang betul. Disini terdapat beberapa tips penting yang beliau telah kongsikan.

MASA YANG TERBAIK UNTUK MENGAMBIL KARBO?

Selepas selesai workout adalah masa yang sesuai untuk mengambil karbo kerana selepas anda workout , badan anda akan berada dalam keadaan insulin sensitif.

Maka dengan pengambilan karbo, kita mampu untuk meningkatkan insulin didalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah elemen yang penting dalam pertumbuhan otot. Tetapi perlu diingat, anda dilarang mengambil karbo secara berlebihan kerana ia akan bertukar menjadi gula dan lemak.

Ini pula adalah salah satu cara beliau melakukan diet yang sihat apabila berkerja diwaktu malam sehingga awal pagi keesokannya.

Topik : Meal Prep!

10pm : ayam+brocoli
1am : oat+casein
3am : ayam+brocoli
7am : telo half boil 6 biji, telo kuning amik sbiji

untuk sajian tengah harinya pula, beliau lebih gemar memilih ayam bahagian dada. Kemudian, digaul dengan black pepper+cyanne pepper dan bakar di dalam oven. mudah kan cara beliau.


Selamat mencuba!!!

TIPS DIET YANG BERKESAN DARI DR. SAY TIPS DIET YANG BERKESAN DARI DR. SAY Reviewed by drawing technique on 6:14 PM Rating: 5
Powered by Blogger.