Nasi Goreng cara Atkins

Bagi yang tahu tentang Atkins, 2 minggu tempoh induction anda tidak dibenarkan mengambil nasi dan adik beradik dengannya


Resepi diambil dari group FB Kelab Diet Atkins.





BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Bunga kobis ( sukahati kita banyak mana )
2) 1/2 batang cili merah/cili padi
3) 1 biji bawang merah
4) 4 ulas bawang putih
5) 1 biji telur
6) Sedikit ayam ( tak letak pun boleh )
7) Sedikit garam
8) Sedikit butter


CARA-CARANYA
1) Bunga kobis dicincang halus ( ikut suka )
2) Bawang, ayam & cili dipotong ikut kesesuaian
3) Tumiskan bahan (2) terlebih dahulu menggunakan sedikit butter
4) Kemudian masukkan bunga kobis ( anggap itu nasi )
5) Masukkan sedikit garam
6) Pecahkan telur ( boleh buat telur mata juga )



Itu sahaja. Senangkan? Macam kita masak nasi goreng. Nak letak udang boleh. Ikut kesesuaian & tekak masing-masing. Bagi yang tengah "berpantang" guna bahan yang dibenarkan sahaja. Jangan langgar pula. Huhu.


Korang kena rasa baru tahu macam mana. Best! Belum cuba belum tahu.


Update :
Petai juga tinggi carb
Boleh makan sikit atau sebaiknya elakkan ketika induction


Nasi Goreng cara Atkins Nasi Goreng cara Atkins Reviewed by drawing technique on 2:15 AM Rating: 5
Powered by Blogger.