Ramai yang menderita setelah mengikuti program diet segera. Jika berjayapun, paling lama bertahan antara 3 hingga 5 tahun. Selepas itu, berat badan kembali seperti asal. Itu dinamakan diet yo-yo.
Diet Extreme: Makanan yang lazat sepatutnya dinikmati, tetapi diet yang tidak enak, melemahkan mood kita, semakin turunlah berat badan.Bagi saya, biarlah diet untuk ada give and take. Tidak semua pilihan pemakanan tu semestinya sempurna. Contoh: Kalau Isnin-Jummat pilihan yang baik, tidak salah kita ganjarkan diri pada hujung minggi.
Crash Course Diet: Kebanyakan diet tidak menggalakkan kita mengubah gaya hidup. Sebaik sahaja pelan diet anda tamat, anda kembali semula ke tabiat lama. Berat badan akan naik semula.Fakta: Diet saya sama dari Januari 1 sampai Disember 31. Ia bukanlah crash course 12 minggu tapi amalan sepanjang hayat. Kalau anda lihat pengalaman mereka yang berjaya kurangkan berat badan, diet mereka berubah permanently.
Badan makan diri: Dengan diet yang berkalori rendah, bukan lemak yang dibuang, tetapi otot berdaging yang hilang, membuatkan kita lemah dan lesu.
Gagal kawal nafsu makan: Saya rasa cabaran yang paling besar dalam berdiet adalah kawalan nafsu makan. Pastikan anda makan kerap, makanan yang berkualiti dan jangan tak makan.
Kurang aktif: Walaupun senaman tidak wajib dalam usaha anda turunkan berat badan tapi ia memberikan semangat dan sempurnakan diet anda. Tambah pula, biarlah kita kuat dan cergas pada masa yang sama. Pengurusan berat badan bukan hanya mengenai penyerapan kalori (melalui makanan), tetapi juga yang keluar (melalui senaman).
Apa-apa pun, pastikan anda dapat melakukanya untuk jangka masa berterusan so that your weight tidak turun naik secara mendadak.
info dari: http://kevinzahri.com
5 Sebab Pelan Diet Anda Gagal
Reviewed by drawing technique
on
5:38 AM
Rating: