Antara RISIKO penyakit yang datang akibat OBESITI



SUAMI BOROI, GEMUK COMEL?

Itu pada saya ayat penyedap hati sahaja. Tahukah anda, dengan membiarkan suami boroi dan gemuk boleh menyebabkan pelbagai penyakit hinggap pada dirinya? Jangan cakap suami je, isteri pun kenalah turunkan berat badan ke paras yang reasonable, sesuai dengan ketinggian kata orang.
Biar gemuk tapi sihat? Betul ke? Sebab tanpa anda sedari, anda telah mendapat pelbagai penyakit. Komplikasi akibat gemuk adalah seperti berikut:
  • Anda berpotensi tinggi mendapat strok. Ini berlaku bila saluran darah anda telah tersumbat dan darah gagal menghantar oksigen ke otak anda sekaligus menyebabkan strok.
  • Serangan jantung. Ini berlaku apabila mendapan dalam salur darah telah tersumbat. Menyebabkan darah gagal mengalir dengan baik ke jantung anda.
  • Anda berpotensi mendapat kencing manis atau diabetes.
  • Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi.
  • Anda juga berpotensi mendapat penyakit arthritis (sakit sendi).
Sebenarnya bukan di atas sahaja, bila dah gemuk memang boleh dapat banyak lagi penyakit. Jadi awaslah.


Antara RISIKO penyakit yang datang akibat OBESITI Antara RISIKO penyakit yang datang akibat OBESITI Reviewed by drawing technique on 10:04 PM Rating: 5
Powered by Blogger.