Tahukah anda apa itu air detox dan bagaimana cara buat air detox sendiri di rumah?? Air Detox adalah infused detox water yang merupakan campuran buah-buahan dengan air dan berfungsi untuk menyingkirkan segala jenis bahan yang memudaratkan serta tidak diperlukan oleh badan seperti toksin, lemak dan kotoran lain dalam badan. Proses detoksifikasi akan membolehkan badan kita lebih sihat dan bertenaga dengan memperbaiki sistem pencernaan dan penghadaman dalam tubuh kita.
Ada banyak jenis buah yang boleh anda gunakan untuk membuat air detox. Antaranya ialah lemon, tembikai, limau, epal, anggur, nanas, timun, strawberi dan lain-lain lagi. Setiap buah mempunyai khasiat yang berbeza antara satu sama lain sepert berikut:
Ada banyak jenis buah yang boleh anda gunakan untuk membuat air detox. Antaranya ialah lemon, tembikai, limau, epal, anggur, nanas, timun, strawberi dan lain-lain lagi. Setiap buah mempunyai khasiat yang berbeza antara satu sama lain sepert berikut:
LEMON – Sesuai untuk membantu sistem pencernaan dan kempiskan perut
OREN – Membantu melancarkan sistem peredaran darah dalam tubuh
TIMUN – Menyinkirkan toksin dalam badan dan penghidratan
LIMAU – Sebagai agen anti-penuaan dan awet muda
HALIA – Membantu menurunkan berat badan dan kempiskan perut
EPAL – Membantu kekalkan kesihatan tulang dan tisu badan
PUDINA – Membantu sistem penghadaman dalam badan
RASBERI – Sebagai agen anti-keradangan
KAYU MANIS – Mempercepatkan proses metabolisme dalam badam
ASAM KEPING – Membantu kempiskan perut dan turunkan berat badan
NANAS – Menghilangkan sakit sendi tulang
ANGGUR – Membantu melawan kanser
CARA MEMBUAT AIR DETOX DI RUMAH (RESEPI AIR DETOX):
Pilih buah mana yang anda mahu dan potong hingga nipis
Selepas itu, masukan potongan buah tadi ke dalam jar.
Tambah atau letakan ais di atas potongan buah dalam jar tadi.
Tambah air sehingga penuh dan tutup jar
Biarkan untuk beberapa jam (6 jam ke atas) atau semalaman di dalam peti sejuk.
Selepas itu, anda boleh minum air detox pada bila-bila masa sahaja yang anda mahu, sebaiknya waktu pagi tetapi waktu lain pun tak ada masalah.
KELEBIHAN AIR DETOX KEPADA KITA:
Menurunkan berat badan dan mengempiskan perut yang boroi
Membantu melancarkan sistem pencernaan dan penghadapan yang baik
Menyingkirkan toksin dalam badan
Mengandungi agen anti-penuaan atau awet muda
Memberikan tenaga extra
Membantu kecantikan wajah
Menstabilkan paras gula dalam sistem badan
info dari: http://kakipromo.com
Cara Buat Air Detox di Rumah dan ketahui jenis dan fungsinya
Reviewed by drawing technique
on
12:37 AM
Rating: