6 Step Paling Senang Nak Kurus Dengan Minum Air Putih SAHAJA

Woman-Drinking-Glass-of-Water


Mesti ada sesetengah orang yang berazam nak kurus kan tahun 2016 ni? Tapi perasan tak ‘azam’ yang macam ni agak susah nak lakukan? Yela kalau nak kurus, kena lah disiplinkan? Bukan kurus je, semua benda yang kita buat kena disiplin.

Korang tahu tak, minum 500 ml air 30 minit sebelum makan dapat mengurangkan lemak dalam badan? Bukan tu je, kajian juga telah membuktikan bahawa dengan minum air sebelum makan, ianya berkesan menurunkan berat badan walaupun untuk orang yang mengalami obesiti. Nak lagi best? Air putih juga boleh dijadikan sebagai ‘penolong’ untuk kulit muka kekal awet muda dan glowing!

Step 1 :

Cuba mulakan dengan meminum 500 ml air 30 minit sebelum makan. Air akan membuat perut korang rasa lebih kenyang dan dapat kurangkan selera makan.

Step 2 :

Elakkan minuman yang mengandungi kalori seperti soda, kopi, dan minuman manis. Minum air putih je sebanyak-banyaknya.

Step 3 :

Kajian membuktikan bahawa minum air putih sejuk akan mempercepatkan metabolisme tubuh sebab tu kena banyak minum air sejuk dalam sehari.




Step 4 :

Minum sekurang-kurangnya 10 gelas air dalam sehari kalau korang memang ingin turunkan berat badan.

Step 5 :

Cuba check jumlah peluh yang keluar. Kalau korang memang jenis cepat berpeluh, kena lebih banyak pengambilan air putih dalam tubuh.

Step 6 :

Ganti makanan ringan, merokok atau minuman manis dengan air putih. Ini akan membiasakan diri untuk minum air putih sekaligus menjalani kehidupan yang lebih sihat. Chaiyokk!

Sumber : wanista

- See more at: http://www.suriafm.com.my/gaya-hidup/6-step-paling-senang-nak-kurus-dengan-minum-air-putih-sahaja/#sthash.ZhEGhZ07.dpuf
6 Step Paling Senang Nak Kurus Dengan Minum Air Putih SAHAJA 6 Step Paling Senang Nak Kurus Dengan Minum Air Putih SAHAJA Reviewed by drawing technique on 7:06 AM Rating: 5
Powered by Blogger.