7 Minuman Yang Paling Berkesan Untuk Membakar Lemak


Hampir semua orang di dunia sangat taksub dengan kelebihan berat badan. Baik lelaki, wanita, kanak-kanak perempuan termasuk kanak-kanak  lelaki. Mereka menginginkan berat badannya yang sesuai sehingga elok untuk dipandang.
Perkara ini juga telah menjadi topik menarik untuk diteliti pakar pemakanan di seluruh dunia. Dengan berat badan yang sesuai, kita boleh dengan mudah bergerak dengan lincah dan untuk menjaga kelincahan kita, berikut tujuh minuman yang boleh membantu membakar lemak di tubuh kita.
1. Teh hijau.
Minuman ini menjadi minuman nombor satu untuk yang sedang menjalani diet. Teh hijau telah dikenali bertahun-tahun kerana kualitinya. Teh hijau dapat membantu membawa kesegaran tubuh dengan cara mengeluarkan kotoran dan lemak. Teh hijau juga boleh membantu untuk melawan kanser. Minum teh hijau 3-5 cawan setiap hari selama satu minggu, dapat menghilangkan 40 peratus lemak dalam tubuh.

2. Jilian Michael Drink.
Minuman ini sangat terkenal di Amerika Syarikat dan Eropah. Minuman ini sangat berkesan untuk mengurangkan berat badan dengan cara menghilangkan kelebihan air dalam tubuh. Minuman ini pun sangat mudah untuk dibuat, bahan-bahannya adalah campurkan 60 ons (1.7 kg) air suling, 1 sudu gula, 1 sudu jus cranberry, 1 bungkus akar teh dandelion dan 2 sudu perasan lemon.
3. air sejuk.
Sepertinya sangat luar biasa untuk didengar, cukup dengan air sejuk sahaja dapat menghilangkan lemak. ketika anda minum air sejuk, badan anda akan membakar kalori untuk menyamakan suhu badan.
4. Jus sayur-sayuran.
Anda mungkin bukan penggemar sayur-sayuran, tapi dengan minum segelas jus sayur-sayuran sebelum makan malam boleh membantu membakar kalori sehingga 135 kalori dalam tubuh (menurut Pennsylvania State University).
5. Susu skim.
Kalsium dalam susu dipercayai boleh membakar lemak dan membantu diet anda. Begitu banyak peranan susu dalam membantu menurunkan berat badan.
6. Halia rebus, teh hijau, jintan dan mint.
Resipi ini berasal dari negara Arab. Campurkan 1 sudu teh hijau, pudina, jintan dan halia dalam cawan besar yang diisi air. Didihkan selama 10 minit. Minum setengah jam sebelum makan selama 15 hari.
7. Jus nanas dan kiwi.
Dengan rutin mengambil minuman ini selama 15 hari, anda akan melihat perbezaannya. Anda boleh menghilangkan hingga 15 kg dengan diiringi sukan yang teratur. Ambil 3-5 keping nanas dengan 2 buah kiwi tanpa gula. Ganti makan tengah hari dengan jus ini dan ucapkan selamat tinggal kepada lemak anda.
7 Minuman Yang Paling Berkesan Untuk Membakar Lemak 7 Minuman Yang Paling Berkesan Untuk Membakar Lemak Reviewed by drawing technique on 6:21 AM Rating: 5
Powered by Blogger.