Cabaran yang paling besar ketika puasa adalah memastikan badan cukup nutrisi yang diperlukan dan memastikan kemasukan air yang betul supaya tidak dihidrasi. Apabila kita berpuasa, kita akan rasa kekeringan lebih cepat walaupun sebenarnya tidak. Rasa kering cuma ditekak tetapi badan akan cuba menahan air daripada keluar. Tahukah anda, kita kehilangan lebih banyak air ketika bersenam berbanding ketika berpuasa. Sebab tu orang yang aktif bersukan akan mengurangkan aktivitinya pada waktu siang.
Hal yang paling utama ketika berpuasa adalah mengenai pemakanan. Eh, saya takkan tulis bab kerohanian, pasal ibadat segala. Sebab saya kan nak cakap pasal diet semata-mata. Yer, masa ini lah kita kena work out untuk menurunkan berat badan dan membentuk semula tubuh kita. Bagi orang perempuan, tampil cantik semasa raya itu penting. Mana tahu, ada makcik-makcik yang terbekenan untuk dijadikan menantu. Tak ke beruntung macam dapat durian runtuh!! Haa~ jadi, jangan bermimpi untuk makan makanan yang banyak dijual di bazar Ramadhan jika ingin berdiet kencang dalam masa sebulan ini!!
Elakkan makanan bergaram tinggi ketika sahur kerana ianya akan menyebabkan badan dehidrasi lebih cepat. Lebihkan pengambilan makanan berserat tinggi untuk menggelakkan rasa lapar sepanjang hari.
Kenapa kita tidak disarankan memakan nasi? Ini kerana, nasi mengandungi kanji yang lebih. Ia membekal lebih lemak. didalam diet ATKINS nasi adalah mkanan terlarang di fasa 1.
Elakkan makanan berminyak dan meminum minuman sejuk semasa berbuka.
Kenapa Ramadhan sering dikaitkan dengan kurma?
Kurma bukan sekadar sunnah. Ia mengandungi campuran glukosa dan fruktosa. Mengandungi potassium yang tinggi, sekitar 64 peratus lebih tinggi daripada pisang. Mengandungi beta-D-glucan yang mana merupakan serat larut air yang menyebabkan rasa kenyang.
Kenapa badan saya susut ketika puasa dan naik mendadak selepas raya?
Perlu diingatkan, ada kemungkinan berlaku penurunan kadar metabolisma semasa berpuasa. Selepas tamat puasa, kadar metabolisme jauh lebih rendah dan ketika itu kebanyakan orang akan makan tak ingat dunia dan menyebabkan badan mengembang semula bagai di-pump. Malah, berat badan boleh naik mendadak dua kali ganda dari berat sebelum berpuasa. Oleh itu, jagalah pemakanan anda selepas berpuasa nanti. Ok~
Atkins untuk Ramadhan
Reviewed by drawing technique
on
8:58 AM
Rating: