Atkins Menu: Ayam Percik halal ATKINS



Juadah bersahur di hari pertama berpuasa dgn ATKINS.
sedap wooo... 2 ketul tak cukup, tambah lagi seketul bahagian suami.
ko mampu telan ayam pepagi buat berketul-ketul?! :p
Resepinya:

AYAM:

  • memula ayam tu basuh sampai pucat ;p... gaul garam + kunyit + bawang putih + halia + sekeping asam keping...
  • then rebus bersama santan dan air. rebus sampai masak yer... dah masak, setel dulu pasal ayam ni... kite buat kuah perciknya pulak.




KUAH PERCIK:

blend kan 2-3 biji bwg merah saiz besar + 1-2 btg serai + 2-3 ulas bwg putih + seketul halia sebasa ibu jari saya (:p) + seketul kunyit hidup + beberapa tangkai cili kering (kuantiti ikut tahap kepedasan yg diingini. saya suka pedas2 sikit) > blend sampai lumat (saya suka blend pakai santan)
masukkan bahan2 yg di blend tadi ke dalam santan yg telah dipanaskan, sekeping dua asam keping dan garam (jgn letak gula langsung). kacau hingga menggelegak dan seakan pecah minyak. siap.


>> bila nak makan, masa untuk memanggang versi KL iaitu: panaskan pan atas dapur gas, letak ayam yg dah siap direbus dan curahkan kuah percik menggunakan api yg sederhana besar. sedap woooooo~~~ kalah yg beli kat param (pasar ramadhan).


tapi idoklah saya ni gigih bangun subuh hari baru nak masak ayam... nak buat kuah perciknya. saya masak malam banyak2 dan peram dalam esbok. boleh wak sahur... dan berbuka esoknya.




Atkins Menu: Ayam Percik halal ATKINS Atkins Menu: Ayam Percik halal ATKINS Reviewed by drawing technique on 5:41 AM Rating: 5
Powered by Blogger.