Resepi Minuman terbukti Kuruskan Badan Dalam Masa 4 Minggu



Bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat air minuman ini ialah :


8 ½ cawan air bersih
1 sudu teh halia parut / halia organik
1/2 lemon (dihiris nipis-nipis)
12 daun pudina







Langkah Penyediaan Air Minuman

-Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
-Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas.
-Anda disyorkan minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.
-Minum minuman ini setiap hari secara konsisten dalam masa 4 minggu.
-Lihat hasilnya selepas mengamalkan minuman ini dengan menimbang berat badan semasa anda.



Bagaimana Ia Berfungsi Dengan Begitu Berkesan ?

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan minuman ini mempunyai kepelbagaian manfaat kesihatan terutamanya dalam aspek penurunan berat badan. Gabungan kesemua bahan tersebut pastinya menghasilkan ‘result’ yang bombastik. Lelemak di dalam badan anda pasti akan cair dan melebur dengan penangan minuman ini.



Khasiat Bahan Yang Digunakan Untuk Minuman Pembakar Lemak

Timun

Timun adalah berkalori rendah, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.


Halia

Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.


Lemon

Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.



Pudina

Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.


Air

Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.

Resepi Minuman terbukti Kuruskan Badan Dalam Masa 4 Minggu Resepi Minuman terbukti Kuruskan Badan Dalam Masa 4 Minggu Reviewed by drawing technique on 6:51 AM Rating: 5
Powered by Blogger.