Kita disarankan supaya mengambil sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air sehari. Dengan pengambilan makanan tambahan, lebih air diperlukan untuk melarutkan supplemen tersebut ke dalam badan.
Sering-kali tedengar keluhan seperti :
“Malas nak minum air banyak, nanti asyik pergi tandas”
“Nanti perut kembung dengan air masak aje.”
Tahukah anda, dengan pengambilan air yang betul, anda dapat memastikan penggunaan air yang optimum di dalam badan?
InsyaAllah, hari ini saya kongsikan cara pengambilan air supaya penggunaan air dalam badan digunakan secara optimum.
1. Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
2. Minum segelas air masak sejam sebelum tidur.
3. Ambil makanan tambahan/supplemen bersama 2 gelas air.
4. Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.
5. Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam.
6. Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak.
7. Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit.
8. Check pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang-kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter.
9. Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum.
10. Minum air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi belum sampai waktu makan.
info dari: http://healthy.babykawaiistore.com
Tips minum air masak dengan banyak
Reviewed by drawing technique
on
3:10 AM
Rating: