Petua Hilangkan Kesan Hitam Di Ketiak, Leher Dan Celah Peha


Petua Hilangkan Kesan Hitam Di Ketiak, Leher Dan Celah Peha Secara Tradisional

1. Kapur sireh dan sebiji limau nipis

Cara-Caranya:
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu, kemudian ulang selang sehari pada minggu berikutnya. Iaitu lakukan tiga kali seminggu.

Insya Allah, bukan setakat kesan hitam akan berkurangan, ketiak pun tidak berbau lagi. Boleh juga disapukan di kawasan leher dan celah peha. Mungkin ada rasa panas sedikit tetapi tidaklah melukakan kulit kita.  

2. Buah betik

Buah betik juga boleh menghilangkan kesan hitam di bawah ketiak. Caranya, parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

3. Sirih dan beras

Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Semoga apa yang dikongsikan tentang cara-cara hilangkan kesan hitam di celah peha, ketiak dan leher dapat memberikan manfaat kepada semua. Untuk mendapatkan pelbagai lagi rahsia cantik dalaman dan luaran, anda boleh baca koleksi petua di blog ini. 


Read more: http://www.aynorablogs.com/2015/03/petua-hilangkan-kesan-hitam-di-ketiak.html#ixzz3uqfAsNnT
Petua Hilangkan Kesan Hitam Di Ketiak, Leher Dan Celah Peha Petua Hilangkan Kesan Hitam Di Ketiak, Leher Dan Celah Peha Reviewed by drawing technique on 12:45 AM Rating: 5
Powered by Blogger.