Ahmad Bashah bersyukur dilantik MB Kedah..!!





Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menzahirkan rasa syukur di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah hari ini.

Menurutnya, dengan pelantikan itu beliau berjanji untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di Kedah seperti sebelum ini.

"Alhamdulillah, terima kasih atas perkenan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah melantik saya sebagai MB Kedah, saya juga mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri, di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menerajui negeri Kedah.

"Apa yang penting sekarang ialah membawa pembangunan yang berterusan kepada rakyat," katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, beliau akan berusaha untuk menarik semula sokongan rakyat terhadap Umno dan BN di Kedah kerana bagi beliau kepercayaan rakyat kepada Umno di Kedah tidak tergugat kerana apa yang berlaku buat waktu ini bukanlah satu krisis sebaliknya hanya peralihan kuasa.

Menurut ahmad bashah juga, beliau akan menarik semula undi, kerana bagi saya apa yang berlaku kini adalah satu peralihan kuasa bukanlah satu krisis sepertimana yang disebut-sebut, oleh itu kita tidak berpecah,"

Sementara ketika ditanya tentang adakah beliau akan merombak semula kedudukan Exco, Ahmad Bashah berkata, beliau akan memaklumkan perkara itu kemudian.

Ahmad Bashah bersyukur dilantik MB Kedah..!! Ahmad Bashah bersyukur dilantik MB Kedah..!! Reviewed by drawing technique on 3:07 AM Rating: 5
Powered by Blogger.