Langkah 1: Hilangkan Jeragat Di Rumah
Anda boleh menghilangkan jeragat dari rumah dengan kaedah remedi, iaitu menggunakan apa yang ada di dapur rumah sebagai bahan menghilangkan jeragat. Cara ini juga dikenali sebagai cara tradisional. Ikuti beberapa cadangan berikut:
1. Kerapkan Membasuh Muka
Anda dikehendaki untuk membasuh tempat berkenaan dengan lembut, dua kali sehari menggunakan sabun muka seperti Dove. Namun perlu ingat bahawa penggunaan sabun yang berlebihan ataupun menggosok dengan terlalu kuat boleh merosakkan kulit muka, oleh itu berbuatlah berpada-pada.
2. Menggunakan Produk Jerawat dan Jeragat di Pasaran
Tidak dinafikan bahawa ubat-ubatan yang boleh dibeli di pasaran memberikan kesan yang positif kepada masalah kulit ini, oleh itu anda digalakkan untuk menggunakannya. Antara produk yang boleh digunakan adalah yang mengandungi benzoyl peroxide dan salicylic acid.
Sebelum menyapukannya, adalah terbaik sekiranya anda membersihkan kulit muka terlebih dahulu, dan sapu 15 minit kemudian.
Benzoyl peroxide boleh membunuh bakteria yang terdapat di pora kulit. Bahan ini banyak terdapat dalam produk penjagaan kulit yang berkait dengan jerawat. Elok- elok semasa menyapu produk yang mengandungi bahan ini, kerana sukar untuk ditanggalkan jika terkena pakaian.
Salicylic acid pula boleh menanggalkan sel kulit yang mati. Selain itu, ia akan mengeringkan minyak yang berlebihan.
Berhenti menggunakan produk-produk berkenaan jika anda mengalami alahan ataupun rasa gatal selepas penggunaan. Sila rujuk doktor ataupun pakar kulit.
Dan satu lagi, jangan pakai secara berlebih-lebihan. Ikuti dos yang dicadangkan pada arahan produk tersebut ataupun dari nasihat doktor. Penggunaan berlebihan boleh memberikan kesan yang jauh lebih teruk!
3. Menggunakan Tea Tree Oil
Kaedah ini mungkin mengambil masa untuk berkesan (lebih kurang 3 bulan), namun kajian membuktikan bahawa tea tree oil sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit seperti mana benzoyl peroxide dengan kesan sampingan yang kurang.
Cara-caranya adalah:
- Celup putik kapas ke dalam larutan tea tree oil.
- Sapukan pada permukaan kulit yang terkesan sekali sehari.
Jika anda mempunyai eczema ataupun masalah kulit yang lain, tea tree oil boleh memberikan kesan sampingan, oleh itu elakkan kaedah ini. Jangan menelan minyak ini kerana ia adalah toksin jika di ambil oleh badan.
4. Menggunakan Jus Lemon ataupun Perahan Limau
Lemon ataupun limau mengandungi asid alpha hydroxy yang tinggi, yang mana boleh exfoliate kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel baharu. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan.
Cara-caranya adalah:
- Celupkan putik kapas kepada jus lemon/perahan limau.
- Sapukan pada permukaan kulit.
- Biarkannya selama 15 hingga 20 minit.
- Bilas muka dengan air bersih.
Amalkannya setiap hari untuk beberapa bulan sebelum masuk tidur.
5. Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)
Cuka epal cider boleh berfungsi sebagai astringent dan secara tidak lansung boleh mengeluarkan minyak yang berlebihan dari kulit. Tambahan lagi, ia mempunyai sifat antiseptik dan anti bakteria untuk melawan pembentukan jerawat dan jeragat.
Cara-caranya adalah:
- Campurkan satu sudu teh cuka ini dengan air ke dalam satu cawan.
- Sapukan larutan ini pada muka yang terjejas dengan menggunakan putik kapas ataupun tisu.
- Biarkannya selama 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
Amalkannya setiap hari ataupun beberapa kali setiap minggu sehingga mendapatkan hasil yang memuaskan.
6. Kayu Manis (Cinnamon)
Kayu manis boleh membantu anda mendapatkan kulit yang sihat. Apabila digunakan sebagai skrub, ia membantu mengurangkan masalah jeragat dan bintik-bintik hitam. Pada masa yang sama menyarankan penghasilan kolagen dan proses penyembuhan kulit.
Cara #1:
- Campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan tepung oat dengan kadar air yang sesuai sehingga ia membentuk satu pes.
- Sapukan pada permukaan kulit dan biarkannya untuk 15 minit.
- Bilas dengan air bersih.
Cara #2:
- Campurkan satu sudu teh madu, gel aloe vera (lidah buaya) dan satu cubit serbuk kayu manis.
- Sapukannya campuran tersebut pada permukaan muka dan biarkan selama 15 minit.
- Bilas dengan air bersih.
Anda boleh mengamalkan salah satu cara yang dinyatakan di atas sebanyak dua atau tiga kali seminggu, sehingga anda mendapatkan hasil yang memuaskan.
Amaran: Sesetengah orang mempunyai alahan pada kayu manis, oleh itu anda perlu mencubanya dengan kadar yang sedikit terlebih dahulu untuk pastikan kulit anda tidak alah padanya. Sekiranya anda berasa gatal-gatal setelah mencubanya, berhenti menggunakan kaedah rawatan ini dengan serta-merta.
7. Berikan Masa untuk Ubat Berkesan
Walaupun anda diberikan jaminan oleh pengedar produk kecantikan bahawa anda boleh menghilangkan masalah kulit muka dalam masa yang singkat, anda perlu ingat bahawa ianya hanyalah sekadar pemanis mulut. Tiada produk yang begitu efektif sehingga anda boleh menjadi menawan semalaman.
Ia mungkin boleh mengambil 6-8 minggu untuk melihat sebarang perkembangan dan mungkin hingga 6 bulan untuk mendapatkan kulit muka yang sempurna. Oleh itu, anda perlu banyak bersabar dan teruskan usaha.
dipetil dari: http://www.panduansaya.com
Petua Hilangkan Jeragat (Langkah Demi Langkah)
Reviewed by drawing technique
on
8:26 AM
Rating: