Ustaz Kazim Elias Dikejarkan ke Hospital Kerana Serangan Jantung Semasa Program Ceramah


BACHOK - Datuk Kazim Ilias terpaksa dikejarkan ke hospital kerana dipercayai mengalami serangan sakit jantung  ketika dalam satu program ceramah.

Kazim Elias sepatutnya menjayakan satu ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di perkarangan Pertubung Pelandang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator malam ini.

Majis yang membawa tajuk kupasan 'Jihad Agro Makanan Negara' yang sepatutnya bermula pada 9.30 malam itu bagaimanapun tidak dapat diteruskan atas sebab tersebut.


Jemaah Ahli Lembaga Pengarah PPK Sri Gunong, Mohd Radzuan Hamat mengesahkan kejadian itu dan Ustaz Kazim kini stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurut Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus pula, sebaik sahaja naik ke pentas dan memulakan ceramah tidak sampai lima minit, Ustaz Kazim terpaksa menghentikan kerana sakit dada.

"Ustaz Kazim sempat memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat meneruskan ceramah seperti yang dijanjikan kerana perlu ke hospital dengan segera.

"Ustaz Kazim di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM," katanya yang terpaksa menggantikan penceramah dari KADA bagi tidak menghampakan orang ramai.

Menurut Nik Ruslan juga, keadaan Ustaz Kazim ketika sampai sudah kelihatan kurang sihat dan wajahnya pucat, namun masih lagi mahu meneruskan ceramah tersebut.

"Ustaz Kazim ada memaklumkan dia sepatutnya ke hospital untuk membuat rawatan, namun menangguhkan kerana sudah berjanji untuk berjumpa dengan penduduk di Bachok," katanya. -  Siakapkeli.my

Sumber : http://www.sinarharian.com.myhttp://www.bharian.com.my
Ustaz Kazim Elias Dikejarkan ke Hospital Kerana Serangan Jantung Semasa Program Ceramah Ustaz Kazim Elias Dikejarkan ke Hospital Kerana Serangan Jantung Semasa Program Ceramah Reviewed by drawing technique on 9:08 AM Rating: 5
Powered by Blogger.