Hanya Gabungkan 2 Bahan Ini Kulit Anda Menjadi Cantik, Yang Penting Menjimatkan !!


Wanita mana yang tak mahu miliki wajah yang halus  dan lebih cerah dengan cara yang mudah.

Ya, setiap wanita pasti mengidamkan punya wajah yang halus dan putih, atau mungkin mahu kulit yang bebas daripada segala masalah kulit.

Ada yang sanggup menghabiskan duit semata nak tutup cela di wajah tapi wanita, pernahkah anda terfikir nak cantik dengan cara alami?

Siapa sangka dengan menggunakan bahan-bahan alami anda boleh memiliki kulit yang lebih cerah. Memang tak akan secepat menggunakan krim yang mengandungi bahan kimia, tapi percayalah cara ini jauh lebih selamat dan jimat!

Kayu manis mampu membuat pori-pori kulit mengecil. Dan kulit kayu manis mengandungi zat anti bakteria yang berguna untuk mengubati infeksi pada kulit.

Dengan menggunakan masker kayu manis dan madu, ini akan membuatkan kulit wajah bebas jerawat, lebih halus, dan cerah.



Bahan-bahan yang perlu ada:

-2-3 sudu serbuk kayu manis
-1 sdm madu

Cara-cara untuk guna:

1. Campurkan kedua-dua bahan ke dalam satu mangkuk, kacau sebati.
2. Cucilah wajah terlebih dahulu sebelum menggunakan masker kayu manis ini.
3. Sapukan masker pada wajah (pastikan tangan bersih).
4. Biarkan selama 20 hingga 30 minit sampai masker kering dan cuci dengan air dingin.
5. Keringkan dengan tuala bersih.

Lakukan cara ini 2-3 kali dalam seminggu untuk hasil yang terbaik. Gadungan dua bahan ini akan sangat efektif untuk membuat wajah anda semakin cantik dan mulus. Selamat mencuba ya, adik manis!

info : http://mediasosialkini.blogspot.my

Hanya Gabungkan 2 Bahan Ini Kulit Anda Menjadi Cantik, Yang Penting Menjimatkan !! Hanya Gabungkan 2 Bahan Ini Kulit Anda Menjadi Cantik, Yang Penting Menjimatkan !! Reviewed by drawing technique on 1:56 AM Rating: 5
Powered by Blogger.