Tips Kurus 10KG Di Bulan Puasa daripada prof hariz

Alhamdulillah puasa Ramadhan bagi tahun 1437H sudah pun tiba. Maka ramai yang berpusu-pusu dok tanya tips dekat instagram ( http://instagram.com/profhariz ) dan Fan Page Prof Hariz ( www.facebook.com/profharizmy ).
“prof, mohon bantu saya untuk kurangkan berat badan 5KG sebelum raya”“prof, ada tips untuk kurus 10kg sebelum raya”“prof, tolong saya nak pakai kebaya di pagi raya”“prof, kongsikan tips kurus di bulan puasa”“prof, boleh ke saya buat diet atkins di bulan puasa”
Dan macam-macam soalan lagi yang saya terima.
Maka terpanggil-panggil untuk saya kongsikan Tips Kurus 10Kg di bulan puasa 1437H. InshaAllah.
Tetapi sebelum itu, saya nak anda semua yang masih belum kenal siapa itu profhariz mohon baca dulu biodata profhariz dan kisah kejayaan saya Berjaya Menurunkan Berat Badan 17kg Dalam 2 Bulan dan perkongsian saya mengenai Diet Plan dan berjaya bantu orang ramai menurunkan berat badan dengan cepat. Alhamdulillah.
Usaha saya yang paling gila adalah menganjurkan cabaran kurus dengan diet atkins malaysia mendapat sambutan gila ! Ada peserta saya berjaya mengurangkan berat badan lebih 10KG (Mengikut berat badan anda) dalam masa 2 minggu dengan Izin Allah dan Ebook Panduan Diet Atkins yang disediakan oleh saya (Berminat boleh PM Prof Hariz ). Ingat ebook ini cuma asas kepada diet atkins. Bukan ebook khas bulan puasa. (TESTIMONI MENGGUNAKAN EBOOK 1 BULAN 13.5KG)
10kg
InshaAllah. Sudah lengkap dan kenal siapa prof hariz ya? Jika sudah jom ikutiTips Kurus 10KG di bulan puasa daripada prof hariz.


Tips Kurus Tanpa Modal Di Bulan Puasa

1. Berdiri Depan Cermin dengan 3 posisi
Berdiri depan cermin dengan 3 posisi iaitu posisi depan, tepi dan bercangkung. Tanya diri anda,
  • Aku selesa ke dengan badan yang gemuk ni? 
  • Aku gemuk ini mudah bergerak ke? 
  • Aku gemuk ini senang cari baju ke?
  • Aku perut buncit ni senang nak solat ke? 
  • Aku punya paha yang berkilo-kilo penuh lemak nak duduk tasyahud akhir ini boleh ke?
  • Aku badan macam ni nak berlari larat ke?
  • Aku yang gemuk ini nak naik tangga larat ke?
  • Aku yang gemuk ini nak naik public transport? nak bergaul dengan orang? susah !
  • Macam mana kalau aku mati nanti? Boleh ke orang nak bawa aku? Mandikan aku?
  • Aku sakit? Siapa nak angkat aku yang gemuk ini?
  • Sampai bila aku nak gemuk macam ni? Sedangkan aku boleh kurus macam orang lain!
Sila tanya diri anda dalam-dalam.
2. Pasang Niat dan letakkan matlamat.
Tips yang pertama itu sudah lepas ke?
Amacam?
Ada rasa geram?
Nak marah?
Nak lari 100KM 1 malam? Hehehe.
Tahniah kalau anda sudah ada rasa geram. Itu bermakna anda sudah berjaya dan ada niat nak kurus. SAYA TAK NAK GEMUK !
Untuk tips yang kedua mari kita Pasang Niat dan Letak Matlamat.
Sila baca dalam-dalam hati anda dan menadah tangan berdoa serta tuliskan di dalam 1 kertas:
Ya Allah, Aku sekarang ini gemuk, nak solat susah, nak beli pakaian susah, nak bergerak susah, nak itu ini dan susah. Maka aku nak kurus dan sihat InshaAllah. Ya Allah aku nak 10KG dalam masa sebulan dengan Diet Atkins sebelum raya. Maka kau permudahkanlah aku di bulan Ramadan yang penuh barakah ini ya Allah
Ikhlas,
Bakal Jenazah
1 Ramadan 1437H / 6 June 2016
3. Dapatkan Ilmu Diet Yang Betul dan Tepat
Sebenarnya banyak jenis diet plan ada dalam dunia ini. Tetapi kalau anda yang jenis nak kurus cepat. Tak sabaq maka saya sarankan anda buat Diet Atkins.
Memang cepat ! Serius. InshaAllah anda boleh ikuti 4 artikel di bawah adalah asas untuk diet atkins.
Diet Atkins Induction (Hadkan 20gram carb) dibulan Ramadan memang sangat tak bagus. Apabila berlakunya ketosis. Air tak cukup dan asid urid akan tinggi. 
InshaAllah saya cadangkan untuk anda ubah suai diet anda dengan menambah buah-buahan atau kurma semasa berbuka dan bersahur ataupun boleh terus melompat ke phase 3 dan 4. Iaitu purata 80 – 150gram carb. (Bagi yang ada ebook saya boleh rujuk page : 77)
Jika nak ilmu lebih lagi anda boleh baca dan semak di Kategori Diet Plan danMotivasi atau boleh juga ke blog Bicikut.blogspot.com. (Semak 1 per 1 artikel yang ada. Memang ramai dah yang baca dan ikut dan faham. Alhamdulillah berjaya kurus)
Bagi yang berkemampuan dan ada duit lebih boleh Dapatkan Ebook Kurus dengan diet atkins atau PM PROF HARIZ saya ada offer 2016 terbaik untuk anda(TESTIMONI MENGGUNAKAN EBOOK 1 BULAN 13.5KG)
Ingat ebook ini cuma asas kepada diet atkins. Bukan ebook khas bulan puasa.
Tiada paksaan untuk beli ebook ini ya. Jika mahu percuma pun banyak sumber boleh dapat. Tanya saja encik google. Semuanya atas pilihan dan diri anda. 
4. Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W
Diet Nabi SAW yang Sahih ialah beliau memakan makanan yang halal dengan jumlah yang tidak banyak, itu sahaja.
Thabit dalam hadith Nabi SAW bersabda: “seorang mu’min itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut” [HR al-Bukhari, no. 5392].
Jadi bersederhana. Kawal nafsu.
5. Jangan Banyak Alasan
Bila orang dah bagi tips, bagi panduan. Terus buat ikuti tips 6.
Jangan banyak alasan !
Orang gemuk dengan alasan berpisah tiada. Sebab itu sejak kecil lagi bam-bam dan debab. (Baca Kisah saya di sini )
6. Bertindak Sekarang !
Niat dan Matlamat sudah ada? Ilmu sudah ada kan? Apa Lagi Bertindak sekarang jangan bertangguh. Tiada siapa boleh mengubah anda melainkan diri anda sendiri !
7. Senaman Low Intensity
Ya,  Senaman juga penting. Nak buat boleh tak nak buat pun boleh.
Tetapi ingat ! Lagi banyak senaman anda buat maka lagi cepat berat anda turun.
InshaAllah boleh kurangkan lemak senaman dengan low intensity boleh buat 1jam – 30minit sebelum berbuka puasa. InshaAllah boleh rujuk di youtube. Antara channel yang saya cadangkan adalah Fitness Blender.

Selain itu solat juga adalah senaman yang baik 🙂



8. Banyakkan Berdoa 
Ingat ! Tiada kejayaan tanpa izin Allah. Semua apa yang kita ada sekarang adalah dengan izin Allah. Boleh baca artikel Aku Usaha Kenapa Perlu Doa Untuk Kurus? Semoga dapat membantu.
Sedikit tips doa mustajab : Memperbanyakkan Doa (Mohon dengan bersungguh-sungguh di waktu sujud atau sesudah tasyahud akhir sebelum salam serta memperbanyakkan solat sunat hajat, dhuha dan tahajud. Semuanya mai daripadaNYA.
Peganglah firman Allah :
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).
Sabda Nabi s.a.w:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
9. Kesungguhan dengan Istiqomah Bukan Hangat-Hangat Tahi Ayam
Nak Diet, Nak Kurus. Perlu kuat ! Perlu bersungguh-sungguh. Kalau dah berdiri depan cermin. Tulis surat. Dok kata nak kurus maka anda perlu bersungguh-sungguh dengan apa yang anda kata. Bukan hari ini buat. Esok stop.
Hangat-hangat tahi ayam. Lempar jauh-jauh.
10. Ikuti Prof Hariz rapat-rapat 
InshaAllah, jom ikuti Prof Hariz rapat-rapat di laman sosial seperti berikut :
Fan Page Facebook Prof Hariz : https://www.facebook.com/profharizmy
Instagram Prof Hariz : www.instagram.com/profhariz
InshaAllah di dalam Fan Page Facebook dan Instagram saya akan kongsikan menu sahur dan berbuka bagi diet atkins serta tips-tips dan motivasi untuk anda meneruskan diet dan mencapai kejayaan.
11. InshaAllah Ulang semula daripada Tips 1 hingga 10.
Selamat maju jaya dan selamat berdiet. InshaAllah jangan lupa ulangkaji Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa  dan teruskan bersamawww.profhariz.com untuk tips-tips kurus yang lain. InshaAllah. Semuanya atas izin Allah.
Nota : Anda dinasihatkan menerima nasihat daripada doktor sebelum memulakan pelan diet ini. Setiap yang berlaku seperti masalah kesihatan adalah diluar bidang kuasa penulis. Semua itu adalah tanggungjawab anda sendiri.
Tips Kurus 10KG Di Bulan Puasa daripada prof hariz Tips Kurus 10KG Di Bulan Puasa daripada prof hariz Reviewed by drawing technique on 6:56 AM Rating: 5
Powered by Blogger.