KLUANG - Gara-gara menahan lapar disebabkan kesibukan kerja di sebuah hotel, seorang anak muda terpaksa menanggung sakit sehingga menjejaskan usus perutnya sejak Julai tahun lepas.
Mohd Nazriq Mohammad Khalid, 30, berkata, penyakit yang dihidapinya itu berpunca daripada sikapnya yang gemar meninggalkan pengambilan sarapan pagi sebelum memulakan pekerjaan.
Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia pada mulanya hanya menganggap sakit perut biasa disebabkan makan tidak tentu masa.
“Sampailah satu hari tu perut saya sakit sangat dan doktor sahkan saya kena gastrik. Bila pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan, saya tak sangka ia juga beri kesan kepada usus saya sehingga terpaksa menjalani pembedahan.
“Saya sebelum ini bekerja di sebuah hotel di Kulai dan masa makan saya tidak menentu. Saya juga sering mengambil makanan pedas dan disebabkan itu usus saya jadi luka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ladang Bukit Lawiang, dekat sini, semalam.
Mohd Nazriq berkata, perutnya juga terpaksa ditebuk bagi memudahkan dia membuang air besar dan dia perlu menjalani pembedahan sekali lagi untuk mengetahui keadaan ususnya.
“Sejak saya sakit, ibu dan ayah yang banyak bantu terutama ketika mahu bergerak. Tapi sekarang alhamdulillah, kesihatan saya semakin pulih dan sudah boleh bergerak sendiri," katanya.
Penderitaan yang ditanggung Mohd Nazriq mendapat perhatian Adun Kahang, R Vidyananthan yang datang menziarahinya dan menyerahkan sumbangan kerusi roda.
Menurut Vidyananthan, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Mohd Nazriq memerlukan kerusi roda bagi memudahkannya bergerak terutama ketika membuat pemeriksaan di hospital.
“Lawatan yang diadakan ini merupakan rutin yang sering dijalankan oleh saya setiap minggu. Menerusi lawatan ini saya dapat mendekati golongan yang memerlukan selain dapat menyalurkan bantuan dalam kadar segera berdasarkan keperluan.
“Apa yang diharap Mohd Nazriq dapat sembuh seperti sedia kala,” katanya.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my

Sangka sakit perut biasa
Reviewed by drawing technique
on
1:55 AM
Rating: