4KG 4 hari 3 Resepi


Resepi Pertama












Omelet Sayur Campur

Bahan-Bahan
-Telur 2 biji
-Garam Secukupnya
-Minyak Secukupnya
-Lobak Merah
-Bawang Merah
-Tomato 1 biji
-Brokolie Secukupnya

Cara Memasak:
-Goreng sayur serta bahan yang lain seperti biasa anda mengorengnya
-Goreng Telur kemudian campurkan sayur yg telah dimasak tadi keatas telur yang sudah masak
-Sedia untuk dihidangkan


Resepi Kedua












Salad Daging Burger

Bahan-Bahan
-Daging Burger yang sedia di goreng (tidak payah bersusah untuk membuatnya)
-Sayur Kobis
-Tomato
-Bawang
-Cheese
-Mayonis

Cara Memasak
-Goreng daging burger yang telah siap sedia untuk digoreng
-Taburkan garam serta black paper sebagai perasa kepada Daging tersebut
-Potong sayur-sayur mengukut saiz kesukaan anda dan gaulkan kesemuanya dengan mayonis
-Letak daging tadi diatas salad atau anda boleh potong kecil-kecil daging tersebut mengikut kesukaan anda
-sedia untuk dimakan



Resepi Ketiga








Salad Sayur Campur

Bahan-Bahan
-Tomato
-Bawang
-Buah Anggur
-Sayur Kobis
-Mayonis
-Minyak Sedikit
-Garam
-Lada Sulah

Cara Memasak
-Potong kesemua sayur dan gaulkan bersama minyak sedikit serta garam dan lada sudah serta mayonis...
-Sedia untuk dihidangkan

TIPS Berguna:
dalam diet tidak semestinya anda harus berlapar sepanjang masa, ini kerana membolehkan nafsu makan anda bergelora tanpa dikawal dan menyebabkan anda makan lebih dari yang sepatutnya.
Makanlah makanan sekadar untuk mengisi perut yang lapar dan bukan sampai berlebihan dan tidak terkawal. InsyaAllah jika anda mengamalkan menu di dalam menu harian anda pasti ade perubahan berat dalam beberapa hari dan bukan bermakna anda boleh meminum minuman manis serta makanna yang tidak seimbang dengan mencampurkan menu ini. bijaklah dalam memilih makanan diet anda.
4KG 4 hari 3 Resepi 4KG 4 hari 3 Resepi Reviewed by drawing technique on 3:57 AM Rating: 5
Powered by Blogger.