Tips Menyimpan RM3,700 Dalam Masa 6 Bulan Dengan RM5 & RM20


Abang rasa sangat menarik idea yang dikongsikan oleh saudara ini. Bukan senang nak menyimpan. Jiwa kena kuat. Jom kita baca macam mana dia lakukan..

Tip ini berkongsepkan 'rela paksa' untuk menyimpan duit yang telah beliau praktikkan di mana dia berjaya menyimpan RM3,700 dalam masa enam bulan.

Idea ni sangat praktikal untuk semua orang.

Ok, first sekali letakkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.

Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
Tujuan : Nak pi jalan jalan ke Turki atau Pergi Umrah atau nak menikah lagi atau nak bawak mak ayah anak bini pi jalan jalan sabah. (Sekadar contoh)
Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20

PERATURAN WAJIB :
1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.
2.HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20
3.Jika ‘terguna’ sila qada dengan DOUBLE AMOUNT
4.WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.
5.If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.
6.JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .

Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorng pegawai TM Telekom.
Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,
140 keping RM 20
180 keping RM 5

Total saving secara PAKSA RELA selepas 6 bulan = RM 3700.

Jom cuba!
Sumber: Mohd Faiz
Tips Menyimpan RM3,700 Dalam Masa 6 Bulan Dengan RM5 & RM20 Tips Menyimpan RM3,700 Dalam Masa 6 Bulan Dengan RM5 & RM20 Reviewed by drawing technique on 9:23 PM Rating: 5
Powered by Blogger.