#1 Kulit kayu manis
Kulit kayu manis bukan sahaja membantu membakar lemak tepu kat perut. Banyak lagi manfaat kulit kayu manis untuk yang nak kuruskan badan sekaligus untuk kesihatan juga.
Antaranya ialah mengawal tahap insulin, mengurangkan kandungan gula dalam darah, meningkatkan tahap metabolisme, menurunkan paras kolesterol jahat (LDL), dan membantu mengurangkan selera makan.
Biasa kita letak kulit kayu manis ni dalam masakan je kan. apa kata lepas ni kita telan terus. Kulit kayu manis kan keras. Macammana nak telan?? Nak gigit pun tak boleh..Tak ada masalah boleh saja beli serbuk kulit kayu manis yang dah siap kisar tu kan.
Boleh tambahkan dalam bijirin semasa makan pagi. Boleh juga buat air tea. Campur sikit dengan madu dan air panas. Kalau berani boleh tambah terus ke dalam tea dan kopi. Tak tahu la apa rasa, saya pun tak pernah cuba
Tapi kulit kayu manis ni baunya harum kan. Biasanya yang nak diet suka minum air jus buah kan..Untuk rasa kelainan boleh tambahkan kulit kayu manis ni sedikit dalam jus.
Nak tahu lebih lanjut tentang kulit kayu manis ni boleh ke link ni. Picit kuat-kuat kat sini: http://idealbite.com/cinnamon-for-weight-loss/
#2 Buah Tembikai
Kita tahu buah tembikai ni mengandungi banyak air. Dikatakan kandungan air di dalam tembikai sebanyak 82%. Jadinya sebab itu lah buah ini sesuai sangat untuk yang nak kurangkan berat badan sekaligus kempiskan perut.
Uollss perasan tak apabila kita makan buah tembikai ni perut kita cepat kenyang. Secara tidak langsung cara ini dapat membantu yang suka makan, yang suka mengunyah tu dari makan banyak. jadi berat pun tak ada la bertambah kan.
Lepas ni kalau rasa lapar je telan je tembikai. Rasa nak menguyah ke gigit je buah ni.
#3 Buah Epal
Betul ke mengamambil epal mampu mengurangkan berat badan?? Betul..dari hasil pembacaan saya epal mengandungi sebatian non-digestible iaitu sebatian yang tidak dicerna. Sebatian ini menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam saluran makanan and dikaitkan dengan kehilangan berat.
These compounds—fiber and polyphenols—remain undigested until they’re fermented in the colon, where they act as food for friendly bacteria and help your body outweigh the bad bacteria that thrives on junk food, says lead study author and food scientist Giuliana Noratto. This restored microbial balance appears to reduce chronic inflammation, which increases the risk of obesity, and boosts feelings of fullness to help stave off overeating.
#4 Buah Pisang
Pisang ni ada kalium yang membantu membuatkan seseorang merasa kenyang. Selain berfungsi sebagai ejen detoksifikasi pisang juga membantu meningkatkan metabilosme badan.
Diet dengan pisang dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
Selain membantu mengurangkan berat badan banyak lagi khasiat pisang untuk kesihatan kita.
Sampai di sini sahaja untuk kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Selamat mencuba.
4 Makanan Bantu Buang Lemak Degil di Perut
Reviewed by drawing technique
on
8:51 PM
Rating: