8 Tips Kempiskan Perut Buncit Sebelum Seluar Jeans Tak Boleh Nak Butang



#1 Makan makanan yang betul
Maksudnya di sini ialah pemakanan yang seimbang dalam setiap hidangan kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makanan yang seimbang harus megandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral serta protein.

#2 Tinggalkan Makanan Ringan
Kita sedia maklum makanan ringan dan makanan segera (junk food) tidak berkhasiat dan tidak bagus untuk kesihatan jika diambil secara kerap. Ia akan menyebabkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil secara berlebihan. Untuk mengecilkan perut yang buncit pengambilan karbohidrat yang diproses haruslah dielakkan. Begitu juga dengan gula, makanan bergoreng, makanan segera dan apa sahaja makanan yang berlemak.

#3 Berhenti Makan Lewat Malam
Ramai di kalangan kita yang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Tabiat ini wajib dielakkan njika ingin kempiskan perut buncit kerana gula berlebihan yang terdapat di dalam menu hidangan lewat malam akan ditukar kepada lemak. Ini kerana badan kita tidak mampu membakar lemak semasa tidur.

#4 Elakkan Minuman Bergula
Minuman bergula seperti air kotak, air bikarbonat atau minuman bergula mengandungi banyak kalori yang akan merosakkan projek anda untuk kempiskan perut. Cara yang terbaik ialah minum minuman putih sahaja. Air putih akanmemudahkan anda menurunkan berat badan. Minum air jus limau atau lemon juga membantu mengecilkan perut kerana ia bertindak mempercepatkan metabolisme. Jadikan minum air perahan jus limau ini sebagai minuman harian anda. Tak percaya cubalah. Pasti ada perbezaannya.




#5 Lakukan Senaman Kardio
Antara senaman kardio yang boleh diamalkan ialah berjoging, berjalan laju, dan menaiki tangga. Senaman ini amat penting jika anda inginkan seluar jeans boleh dipakai semula. Ini kerana senaman kardio membantu membakar kalori dengan lebih banyak dari melakukan senaman perut.

#6 Kurangkan Garam Dalam Masakan
Sebaiknya gantikan makanan yang tinggi kandungan garam dengan makanan yang lebih berkhasiat dan bergizi. Garam boleh menyebabkan tubuh kita mengekalkan air dan membuatkan perut seperti kembung.

#7 Makan Produk Tenusu Rendah Lemak
Bgai mereka yang suka akan produk tenusu ambillah yang rendah lemak, yang kaya dengan protein dan vitamin B6.

#8 Pilih Makanan Rendah Indeks Glisemik
Makanan yang berindeks glisemik rendah mengambil masa yang yang lama untuk dicerna. Sebab itu perut akan berasa kenyang lama. Jadi tak adalah asyik nak menguyah je kan.




info dari: http://akmalrusyd.blogspot.my
8 Tips Kempiskan Perut Buncit Sebelum Seluar Jeans Tak Boleh Nak Butang 8 Tips Kempiskan Perut Buncit Sebelum Seluar Jeans Tak Boleh Nak Butang Reviewed by drawing technique on 7:17 AM Rating: 5
Powered by Blogger.